SEJARAH PSS

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SUMBER SK LALANG PEPUYU

 

Pusat sumber sekolah [PSS] ,Sekolah Kebangsaan Lalang Pepuyu mula beroperasi pada pertengahan tahun 1967.Pada masa itu ia dikenali dengan ‘Khutub Khanah’sekolah.
      Di peringkat awal penubuhan tidak ada bilik khas untuk Pusat Sumber.Apa yang dikatakan Pusat Sumber pada masa itu hanya beberapa koleksi buku yang ditempatkan di dalam sebuah almari yang terletak di penjuru bilik guru.Di masa-masa tertentu guru akan mengambil buku tersebut dan mengagih-agihkan kepada murid-murid untuk dibaca.

       Di dalam 1970an tidak banyak perubahan yang berlaku pusat sumber sekolah ini.Pusat Sumber telah wujud dengan siapnya pembinaan  bangunan baru sekolah ini.Pusat Sumber pada masa itu tidak lagi dipanggil Khutub Khanah tetapi perpustakaan,Bahan  Bantu Menngajar [ABM] dan Alat Pandang Dengar [APD].

       Dalam tahun 1990an Pusat sumber sekolah ini telah mula menampakkan hasilan dan kejayaan.Koleksi bahan bertambah dengan mendadak sekali dari pelbagai sumber seperti peruntukan kerajaan,bantuan Bank Dunia,Projek sekolah Luar Bandar dan tidak ketinggalan bantuan tokoh-tokoh politik yang berkenaan.Mulai Tahun 1993 Pusat sumber sekolah memasuki pertandingan pusat sumber.

       Dalam tahun 1995 lagi sekali pusat sumber sekolah telah berpindah ke bilik baru yang telah diubah suai.Dalam tahun ini juga Pusat Sumber sekolah ini mendapat bantuan perabot baru daripada Jabatan.Hasil daripada perubahan-perubahan ini dalam pertandingan pusat sumber tahun 1996,Pusat sumber sekolah ini telah berjaya mendapat tempat  ke-2 diperingkat PPD bagi kategori sekolah Rendah Gred B dan mewakili PPD ke pertandingan peringkat Negeri.

        Malangnya sejak Tahun 2001,oleh kerana sekolah menghadapi masalah bilik darjah,maka pengurusan Pusat Sumber  juga  turut terjejas.Beberapa bilik khas Pusat Sumber telah digunakan sebagai bilik darjah.Buat masa ini sekolah ini tidak mempunyai bilik APD dan Bilik ABM yang khas.Walau bagaimana pun operasi Pusat sumber tetap berjalan sebagai mana biasa.

        Pada akhir tahun 2006 pusat sumber sekali lagi telah berpindah ke bangunan baru yang mana ianya dibina daripada peruntukan kerajaan dengan kerjasama JPP.Walaupun keluasan bangunan ini tidak seberapa namun dengan adanya bangunan ini maka pusat sumber dapat beroperasi dengan lancar dan baik.Bangunan ini digunakan sebagai Pusat Sumber sekolah sehingga bulan Julai tahun 2010 . Pada masa ini juga kerja-kerja menyiapkan dua blok bangunan baru sedang giat dijalankan .

Alhamdulillah , pada bulan Ogos tahun 2011 Sekolah Kebangsaan Lalang Pepuyu telah mendapat bangunan baru yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan dan bilik-bilk khas. Pusat sumber telah dilengkapkan dengan bilk-bilik khas seperti Perpustakaan , Bilk Media dan Bahan bantu Mengajar , Bilk Tayangan serta Bilk Akses . Bermula tahun 2012 PSS SK Lalang Pepuyu sekali lagi melangkah kehadapan dengan penggunaan automasi S-,Lib bagi urusan pengurusan PSS termasuklah daftar buku-buku , proses pinjaman dan pemulangan serta aplikasi program NILAM.

















Pusat Sumber Dahulu ( 2007 -  2011 )

















Pusat Sumber Sekarang ( Bermula 2012 )

No comments:

Post a Comment