BERITA TERKINI


SK LALANG PEPUYU , 13 NOV 2013 : Seramai 20 orang murid dari tahun 3 - tahun 6 telah diraikan dalam satu Majlis Khatam Quran Anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit JQAF SK Lalang Pepuyu . Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar En Ali B Hussin . Antara objektif program ini adalah untuk melahirkan generasi celik Al Quran serta melahirkan pelajar yang berbudi pekerti serta berakhlak mulia dengan menjadikan Al Quran sebagai panduan hidup. Tema program ini ialah  " Al Quran Penjana Wasatiyyah Ummah" .

PERASMIAN PENUTUP OLEH : TN GURU BESAR

14 NOV 2013 , Khamis, SK Lalang Pepuyu
Seramai 3 orang murid dari 39 calon UPSR 2013 telah mendapat 5 A dalam keputusan UPSR yang telah diumumkan baru-baru ini . Manakala seorang calon mendapat 4A 1B dan 3 calon mendapat 3A 2B. Murid yang berjaya mendapat 5A ialah Khairunisaa bt Mokhtar , Nur Hanis Amirah bt Hamla dan Nur Hidayah bt Samsudin . SK Lalang Pepuyu berjaya mengekalkan kecemerlangan 5 A selama 3 tahun berturut-turut dengan bilangan pelajar yang berjaya mendapat 5A seramai 3 orang . Kejayaan ini adalah hasil usaha semua pihak terutama pihak pentadbir , guru-guru dan ibu bapa serta murid-murid . Semoga kejayaan ini dapat memberi semangat dan motivasi kepada murid-murid yang bakal menduduki UPSR pada 2014 dan tahun-tahun yang akan datang.



19 JAN 2014 ( AHAD )
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Lalang Pepuyu
Program : Majlis Penyampaian Sijil Perlantikan Kepimpinan Murid Tahun 2014
Perasmian dan Penyampaian Sijil Oleh Yang Setia Ketua Polis Balai
Balai Polis Kg Lalang Pepuyu
Sarjan Major Saharuddin b Sulaiman
Ucapan Perasmian oleh Ketua Polis Balai ( OCS )

SEKITAR MAJLIS PERLANTIKAN





TERKINI : 06 APRIL  2014 ( AHAD )
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Lalang Pepuyu
Program : MAJLIS PERLANCARAN PROGRAM NILAM & 
KEM MEMBACA 1M PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2014
Perasmian Oleh : En Ali b Hussin ( Guru Besar )
Masa : 8.15 pagi

SEKITAR MAJLIS PERASMIAN


KEM MEMBACA 1 M

DISKUSI BUKU OLEH MURID
Adik Mohd Syairul Irwan
Tahun 1 Elit.

No comments:

Post a Comment