MOTIVASI DIRI



MOTIVASI SEMPENA MAJLIS RESTU ILMU PELAJAR UPSR SKLP 2005


PENCERAMAH : EN WAN HARON WAN JAAFAR


GURU MOTIVASI PELAJAR

Pengajaran –pengajaran yang dapat diambil dari Peristiwa Israk dan Mikraj.
Berlaku pada tanggal 27 Rejab Tahun 621 iaitu setahun sebelum hijrahnya Nabi saw.

Maksud Firman Allah dari Surah Al Israk ayat 1 –
“ Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya ( Nabi Muhammad ) pada malam hari dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsar di Baitul Muqadis ( Palestin ) , yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran kami. Sesungguhnya Allah jualah yang amat mendengar lagi amat mengentahui. “

  1. Manusia perlu diberi motivasi untuk meningkatkan keyakinan diri dan menambahkan semangat juang. Sepertimana yang telah berlaku kepada Nabi Muhammad saw dalam peristiwa Israk dan Mikraj dijemput oleh Allah Taala bagi meningkatkan keyakinan diri setelah sedikit lemah kerana kematian isteri tersayang Siti Khadijah , kematian bapa saudaranya Abu Talib dan mendapat tentangan yang hebat dari kaum kafir Quraisy.

  1. Belajar mesti dengan guru . Sebagaimana Rasulullah berguru dengan Malaikat Jibrail . Bertanya pada setiap yang tidak diketahui kepada Jibrail ketika di Mikrajkan.Bertanya tentang datangnya bau harum dari kubur Masitah tukang sikat isteri firaun .


  1. Kejayaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada hambanya mesti dengan bersebab. Sebagaimana kejayaan Rasulullah di Israk dan di Mikrajkan melalui perantaraan Malaikat Jibrail dan melalui kenderaan yang bernama Burak.

  1. Peristiwa Israk dan Mikraj hendaklah dikaji dari sudut iman dan boleh juga dengan ilmu pengentahuan . Sebagaimana Saidina Abu Bakar As Sidiq menilai peristiwa ini dengan iman yang teguh kepada Allah dan Rasul . Kebenaran peristiwa ini boleh dikaji dari sudut ilmu pengentahuan bagi menambahkan lagi keimanan dan keyakinan kepada Allah Taala.( Malaikat dari cahaya – kelajuan cahaya 3.0 x 10 kuasa 8 m / s.Al Quran merupakan sumber utama ilmu pengentahuan.

  1. Untuk bertemu dengan Allah Taala dan memohon sesuatu dari Nya mesti dilakukan pembersihan jiwa ( hati )terlebih dahulu. Sebagaimana Rasulullah saw di belah dadanya kali kedua untuk di bersihkan hatinya dan dimasukkan iman sebelum diangkat naik bertemu dengan Allah Taala.
  2. Motivasi Kecemerlangan UPSR  2010

    OLEH : CIKGU WAN HARON

    Pembukaan – Surah Al-Imran ayat 199-200
    Maksud- Wahai orang-orang yang beriman , bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu ( lebih daripada kesabaran musuh dimedan perjuangan ) dan bersedialah ( dengan  kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertakwalah kamu kepada Allah , supaya kamu berjaya ( mencapai kemenangan )
    Pengajaran dari ayat :
    Untuk mencapai kejayaan ataupun kemenangan mesti ada syarat :
    1. Bersabar menghadapi kesukaran dalam mengerjakan perkara kebajikan
    2. Hendaklah bertakwa kepada Allah
    Saranan kepada ibubapa dan murid :
    1. Peluang samarata untuk dapat  5A
    2. Yakin pada diri kita boleh berjaya sebagaiman orang lain berjaya
    3. Masih ada masa untuk berubah dan membuat perubahan– cerita contoh
    4. Syarat untuk berubah sebagaimana saranan Imam Al Ghazali – Surah…………….ayat ………….
    Maksud : Sesungguhnya Allah Taala tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum , kecuali kaum itu terlebih dahulu mengubah dirinya sendiri “.
      1. Menghadiri majlis-majlis ilmu ( Ilmu , amal , ikhlas , tawakkal )
      2. Bijak mengurus masa
      3. Menghormati para guru dan alim ulamak.
          *********************************************************************
    Syarat / petua untuk cemerlang dalam peperiksaan – khususnya UPSR

      1. Kekalkan solat 5 waktu
      2. Hormat kepada kedua ibu bapa dan guru
      3. Jauhkan penglihatan dan pendengaran dari yang haram / subhah – cerita contoh – Iman As Syafiee / anak alim ulama minum susu dari punca tidak diketahui ( kambing jirannya )
      4. Banyakkan latih tubi – 5 tahun kebelakang
      5. Sentiasa berdoa kepada Allah.- cerita peristiwa Tsunami

    Ø  Syarat 3F – 3 faktor penghalang kejayaan khususnya anak-anak – saranan kepada ibubapa
    F – Food ( pemakanan )
    F-  Fun ( Hiburan melampau )
    F-  Fesyen ( pakaian )
    Ø  Penghalang kepada mengamalkan ilmu :Pertanyaan anak murid kepada Al Hakem :
    1. Diberi nikmat tetapi tidak bersyukur
    2. Ada dosa tetapi tidak bertaubat
    3. Ada ilmu tetapi tidak beramal
    4. Menziarahi kematian tetapi tidak mengambil iktibar.
     

No comments:

Post a Comment