10 Jenis Sembahyang Yang Tidak Diterima
Allah s.w.t
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat
dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak
menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".
Rasulullah saw juga telah bersabda yang
bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:-
1.
Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2.
Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3.
Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4.
Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum
membencinya.
5.
Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6.
Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri
memberontak.
7.
Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8.
Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9.
Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat
menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:"Barang siapa
yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan
mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT
dan jauh dari Allah SWT."
Hadis , Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.
Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis.
Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah. Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan. Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu.
Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya. Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya. Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan sembahyang lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Sembahyang lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu sembahyang dari baginda. Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu sembahyang dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap sembahyang fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu sembahyang fardu sama dengan lima puluh sembahyang fardu. Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya.
(HADIS RIWAYAT MUSLIM)
MASA
AKAN MENJADI SINGKAT
Ertinya:
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".
H.R.Termizi
Keterangan
Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.
Menurut Irnam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Mcmang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.

HADIS BERKAITAN KIAMAT

Akhlaq
Rasulullah ( MENGHAYATI KEHIDUPAN RASULULLAH SAW )
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah
susu kambing untuk keperluan keluarga
mahupun untuk dijual.
Setiap
kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk
dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu
isterinya di dapur.
Sayidatina
'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke
masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."
Pernah
baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi
dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana
Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan
ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah
yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
'Aisyah
menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai
Rasulullah."
Rasulullah
lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit
tergambar rasa kesal di wajahnya. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala
melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa
engkau memukul isterimu?"
Lantas
soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala.
Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku
tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"
Pernah
baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah
lembut terhadap isterinya."
Prihatin,
sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak
sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
Pada
suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan
baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka
mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang
mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang, "Ya
Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak,
ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya
Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar
seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang
sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya
Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat
amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang
berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang
menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
"Ya
Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami
tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu
baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun
akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan
ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"
"Biarlah
kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang
kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat
kelak."
Baginda
pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh
kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap
dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan
dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di
dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
Mengenang
peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi
bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran
sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat
sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak
mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang
lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh
Rasulullah.
Apakah
rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang
menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka
yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci
kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun
di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain
tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk
yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya
yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri
Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.
Seolah-olah
anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa
lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika
pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi
berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan
pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya
sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina
'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa
engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab
baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur
Besarnya Neraka Jahanam
> > Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
> > Jibrail datang kepada Nabi s.a.w pada waktu yg ia
> > tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
> > maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
> >
> > Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat
> > Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api
> > neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui
> > bahawa neraka Jahanam itu benar,dan siksa kubur itu
> > benar, dan siksa Allah itu besar untuk bersuka-suka
> > sebelum ia merasa aman daripadanya."
> >
> > Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahanam."
> >
> > Jawabnya:
> > "Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
> > selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian
> > dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian
> > seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap,
> > tidak pernah padam nyala dan baranya.
> > Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan
> > terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat
> > membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
> > Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan
> > satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit
> > dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana
> > panas dan bahangnya.
> > Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan
> > satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam
> > Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan
> > cair sampai kebawah bumi yg ke tujuh.
> > Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan
> > seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan
> > terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana
> > sangat panasnya.
> > Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan
> > minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya
> > potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh
> > pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu
> > dari orang laki-laki dan perempuan."
> >
> > Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya
> > bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
> >
> > Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya
> > di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak
> > perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panasdari
> > yang lain 70 kali ganda." (iaitu yg lebih bawah lebih panas)
> >
> > Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
> >
> > Jawab Jibrail:
> > "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
> > Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim.
> > Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
> > Pintu ke empat tempat Iblis danpengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha.
> > Pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah.
> > Pintu ke enam tempat orang Nasara bernama Sa'eir."
> >
> > Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
> > "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
> >
> > Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar
> > dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
> >
> > Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar
> > keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala
> > Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali
> > dan sesudah sedar Nabis.a.w bersabda: "Ya Jibrail,
> > sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah
> > ada seorang dari ummatku yang akan masuk ke dalam neraka?"
> >
> > Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
> >
> > Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga
> > menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam
> > rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
> > kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan
> > bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
> >
> > (dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
> >
> > Dari Hadith Qudsi:
> >
> > Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
> > sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya
> > terik matahariKu. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
> >
> > 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
> > 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
> > 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
> > 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
> > 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
> > 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
> > 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
> > 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
> > 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
> > 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
> > 11.Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
> >
> > Nastaghfirullah
> > Mudah-mudahan peringatan ini dapat menimbulkan
> > keinsafan kepada kita semua.
> > Wallahua'lam.
> >
> > Allah has laid down religious duties, so do not neglect them;
> > He has set boundaries, so do not overstep them;
> > He has prohibited some things, so donot violate them;
> > about some things He was silent, out of compassion for
> > you, not forgetfulness, so seek not after them."
> >
> > (ad-Daraqutni)
> >
> > Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!!
Islam dan Tidur ( 1/10/2014 )
Imam
Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah
bahawa Nabi telah bersabda:
“Jika salah seorang di antara kamu berasa
mengantuk,
hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa
mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang
ketika
mengantuk
bermungkinan dia membaca istighfar sedangkan
sebenarnya dia sedang mencaci dirinya
sendiri.”
Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara
mengantuk dan penurunan kualiti amal serta
produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke
Atas
Ekonomi Dan Juga Produktiviti Banyak kes-kes
kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk
dan
kurang tidur. Justeru itu kerana
kepentingannya,
Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah
yayasan yang
bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep
Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur
terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran
(insomnia and sleeping problems) telah
memberikan
banyak kesan negatif kepada manusia dan
ekonominya.
Pada
tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah
melaporkan
bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan
industri di Amerika adalah berkaitan dengan
masalah
tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa
setahun.
(Dr.
Stanley Coren; ‘Sleep Deprivation, Psychosis and
Mental Efficiency,’ Psychiatric Times, March
1998)
Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang
masalah
ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa
masalah
ini
telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan
kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr.
Stanley
Coren; Ibid)
Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah
mendapati bahawa kekurangan tidur akan
menyebabkan
gangguan kepada proses pengeluaran hormon,
melemahkan
kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat
di dalam
badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan
penyakit
kencing manis.
(Rujukan: Tinker Ready (2000); ‘Naps: The Art
of
snoozing’)
Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada
kadar
tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami
tekanan
perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti
kuman,
disebabkan
oleh sistem pertahanannya yang menjadi
lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam
majalah
perubatan ‘Lancet’ pada pada bulan Oktober,
1999.
(Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on
Metabolic &
Endocrine Function)
Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah
Ibadah
Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia
mementingkan
tidur dan kerehatan agar ibadah dan aktiviti
akan
dapat dilakukan dengan baik.
Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah
Abu Darda’
yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam
kerana
ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya,
telah
menegurnya dengan berkata:
“Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke
atasmu
dan
isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua
ini
haknya.” Ketika Nabi mendengar perkataan Salman,
Baginda berkata: “Benarlah Salman.” (Bukhari)
Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu
tidur, malah
menekankan bahawa ia adalah hak badan yang
perlu
ditunaikan.
Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa
Baginda Nabi
telah memasuki Masjid dan ternampak seutas
tali yang
merentangi dua tiang. Selepas bertanya,
Baginda
diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan
Zainab
agar
dia
dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan
sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan:
“Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di
antara kamu
bersembahyang ketika dirinya cergas, dan
ketika sudah
mengantuk hendaklah tidur.”
(Bukhari-Muslim)
Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat
mementingkan
produktiviti yang berkualiti dalam setiap
amalan. Ia
juga
menampakkan tentang perkaitan di antara
produktiviti dan kualiti dengan tahap
kecergasan diri
seseorang.
Tidur secara yang mansabah adalah merupakan
salah satu
cara
untuk mengembalikan kecergasan diri.
Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa.
Tidur
siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda
kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu
kebaikan
asalkan
seseorang itu tidak berlebih-lebihan
dengannya.
Di
dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang
salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan
oleh
Nabi:
“Tidur yang sedikit di waktu tengahari
(qailulah)
tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”
Imam
Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah
berkata:
“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur
di siang
hari
kerana ianya membantu ibadah di malam hari
sebagaimana sahur membantu puasa di siang
hari.
Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir
matahari
untuk solat zohor.”
Islam mempunyai pandangan tertentu tentang
tidur
tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan
bukan
sebagai suatu yang keji.
Wallahua'lam.
Assalamulaikum wbt
Groups ini diwujudkan untuk merapatkan
hubungan sesama muslim di alam
cyber. Adalah diharapkan ahli group ini dapat
menghantar artikel yang dapat
meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.
Semoga usaha kecil ini mendapat
keredhaan-Nya.
Kebaikan harus dilakukan walau di mana kita
berada
untuk melanggan email ke : ingatan-subscribe@yahoogroups.com
untuk
menghantar message ke: ingatan@yahoogroups.com
Berjihad itu WAJIB
No comments:
Post a Comment